• Muka Macam Patung Lilin

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Rome: Orang ramai terkejut melihat perubahan ketara wajah bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi - pemimpin yang paling lama berkhidmat sejak Perang Dunia Kedua - yang tidak ubah seperti patung lilin selepas muncul pada mesyuarat parti Forza Italia dan satu program bual bicara,baru-baru ini.

    Wajah Berlusconi, 81, yang diketahui umum menjalani pembedahan plastik serta pemindahan rambut sebelum ini, kelihatan ‘beku’ dengan kulit perang dan dahi licin tanpa satu kedutan.

    Jutawan itu disingkirkan daripada jawatan tertinggi di negara itu pada 2011 ketika Itali berdepan krisis hutang Eurozone.

    Dia juga pernah berdepan dakwaan termasuk mengadakan parti liar yang disertai gadis penghibur di vila peribadinya, selain disabitkan kesalahan membayar untuk khidmat seks dengan pelacur bawah umur yang kemudian dibatalkan.

    Bagaimanapun dia didapati bersalah kerana penipuan cukai pada 2013 menyebabkannya disingkirkan daripada Senat dan disekat daripada memegang jawatan.

    ADVERTISING

    Berlusconi kini berusaha menghidupkan semula kerjaya politiknya dengan menggunakan proses perundangan untuk mengetepikan sekatan terhadapnya. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Muka Macam Patung Lilin "