• MTCC Puji Komitmen Kerajaan Sarawak Pelihara Alam Sekitar

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) memuji komitmen kerajaan Sarawak dalam pemuliharaan alam sekitar apabila mewajibkan syarikat pembalakan di negeri itu mendapatkan pensijilan pengurusan hutan daripada MTCC.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Teng Koon berkata, pensijilan hutan seperti itu merupakan instrumen penting untuk mempromosikan dan mengesahkan pelaksanaan pengurusan hutan lestari.

    “Ia dengan demikian melindungi manfaat alam sekitar, sosial dan ekonomi yang disediakan oleh hutan

    “Tambahan pula, memandangkan industri perhutanan dan kayu menyumbang dengan ketara ke arah pembangunan sosioekonomi negara, maka adalah mustahak Malaysia dapat menunjukkan bukti kelestarian hutannya melalui pensijilan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Teng Koon berkata, pensijilan hutan turut membantu Malaysia dalam mencapai komitmen antarabangsa mengenai alam sekitar, kepelbagaian biologi, perubahan iklim dan menyumbang ke arah matlamat pembangunan mampan.

    Amar Awang sebelum ini mengumumkan semua syarikat balak di Sarawak wajib memiliki Sijil Pengurusan Hutan (SFC) menjelang tahun 2022.

    Beliau dipetik berkata, pengurusan hasil hutan yang terancang penting dalam usaha menangani isu degradasi dan penebangan yang tidak terkawal. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " MTCC Puji Komitmen Kerajaan Sarawak Pelihara Alam Sekitar "