• MP Bintulu sindir pembangkang, tiada negara beri pendidikan percuma

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+
    Tidak ada mana-mana negara yang memberi pendidikan percuma kepada pelajar universiti awam dan swasta.

    Sehubungan itu Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengingatkan rakyat tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang yang kononnya ingin memberi pendidikan percuma kepada mereka seperti yang dinyatakan dalam Bajet Alternatif PH.

    “Kita nak minta jangan salah didik generasi muda, mana ada negara yang nak beri pendidikan percuma kepada pelajar? Jangan terpedaya dengan janji pembangkang.

    “Sedangkan Taiwan sendiri pun tidak memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di sana,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Isnin.

    Sindir King Sing jika benar ia akan dilaksanakan maka Selangor perlu menjadi negeri pertama yang menerajui pendidikan percuma tersebut agar boleh menjadi contoh kepada negara.

    Namun templak beliau ia sama sekali tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam Manifesto PRU12 dan PRU13.

    “Kalau boleh minta Selangor buat dulu, mana ada Universiti Selangor buat pendidikan percuma? pergi cakap dengan Menteri Besar sana,” ujarnya.

    Desakan itu kemudiannya membuatkan Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowind cuba bangun untuk mencelah.

    Namun tidak diberikan King Sing dengan berkata “Ini kepala batu tak perlu bagi laluan”.

    Dalam manifesto pembangkang menjanjikan sistem pendidikan percuma terhadap Institusi Pengajian Tinggi di bawah seliaan pentadbiran kerajaan negeri itu.

    Walau bagaimanapun pembangkang tetap mengenakan bayaran puluhan ribu seperti mana dikenakan ke atas penuntut Universiti Selangor (UNISEL).

    Manakala dalam bajet PH baru-baru ini kononnya PH akan memberi penekanan yang lebih besar kepada pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedangkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telahpun melaksanakannya.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " MP Bintulu sindir pembangkang, tiada negara beri pendidikan percuma "