• Monyet Ketagih Minum Petrol

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    NEW DELHI – INDIA. Misteri kehabisan petrol tanpa sebab akhirnya terjawab selepas seekor monyet ditangkap ketika ‘mencuri’ minyak daripada motosikal.

    Menurut Daily Mail, sekumpulan pemilik motosikal di Panipat, utara India terkejut selepas mendapati pencuri petrol mereka adalah seekor monyet yang dipercayai ketagih meminum petrol.

    Haiwan tersebut dikatakan berada dalam keadaan ‘khayal’ selepas meminum petrol malah menolak pisang dan kacang diberikan kepadanya, lapor Sinar.

    Menurut saksi, penduduk pernah beberapa kali menghalau monyet itu dari tempat parkir kenderaan.

    “Haiwan licik tersebut akan menunggu sehingga tiada sesiapa berada dekat dengannya sebelum meminum petrol melalui saluran paip bahan api,” jelas laporan United Press International (UPI).-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Monyet Ketagih Minum Petrol "