• MITI Akan Bantu Perniagaan Berkembang Maju Dalam Ekonomi Digital

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus membantu perniagaan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital, kata Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Pembuatan pintar, e-dagang, pengkomputeran awan dan data besar adalah elemen dalam ekonomi digital yang akan membolehkan perniagaan terus berkembang, katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-65 Sipro Malaysia Sdn Bhd di sini, malam tadi.

    Dalam ucapannya, Pengarah Urusan Sipro Malaysia, Abdullah Soltan Talib berkata, syarikat itu terlibat dalam pelbagai projek, termasuk menghasilkan kerusi plastik untuk Stadium Bukit Jalil dan projek ubah suai Istana Negara.

    Ditubuhkan pada 1952, syarikat itu bermula sebagai pengeluar kontrak sebelum berkembang menjadi pengeluar pelbagai produk, termasuk penjagaan diri dan plastik.

    Sipro Malaysia diperbadankan pada 1977 dan menubuhkan anak syarikat, Sipro Plastic Industries Sdn Bhd pada 1992.

    Anak syarikat itu adalah pengeluar dan pemasang bahagian dan komponen plastik untuk industri automotif, elektrik, elektronik dan telekomunikasi.

    Sipro Malaysia, yang mempunyai kilang di Shah Alam, Bukit Beruntung, Rawang dan Sungai Petani, turut mengeksport produk ke Timur Tengah dan ASEAN.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " MITI Akan Bantu Perniagaan Berkembang Maju Dalam Ekonomi Digital "