• Misteri Lelaki Bertopeng Pada Malam ASK2017 Terbongkar!

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Seperti biasa dalam mana-mana majlis penganugerahan di seluruh dunia, fungsinya bukan sahaja untuk mengiktiraf malah menjadi tempat untuk jemputannya memperagakan busana indah dan fesyen yang unik.

    Begitulah yang berlaku semasa malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang diadakan Jumaat lalu.

    Antara yang mencuri perhatian lensa kamera pada malam itu ialah gaya seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah.

    Persoalannya, siapakah lelaki misteri tersebut dan apa tujuan dia memakai topeng hitam seperti itu?

    Rupa-rupanya, lelaki di sebalik imej topeng hitam tersebut digayakan oleh pelakon baru iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta.

    Menurut Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman, dia memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema ‘glamor’.

    “Sebenarnya, saya pakai topeng hitam untuk mencari kelainan dalam berfesyen. Iyalah, saya ni artis baru jadi kena cari sesuatu yang lain daripada orang lain.

    “Lagipun, saya baru selesai penggambaran drama dan muka saya ada sedikit sunburn (kesan kulit terbakar), jadi pakai topeng saja lah senang,” katanya kepada mStar Online.

    Pada malam tersebut, Adam memakai pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen Taufik Idros Creation.

    Sementara itu, mari kita lihat wajah Adam tanpa topeng ya!

    Elok je ‘kejadiannya’ tanpa topeng, kan? Tapi Adam berjaya buat orang ramai tertanya-tanya siapa gerangan lelaki bertopeng hitam itu, sekaligus menarik minat masyarakat terhadapnya.

    Bagaimanapun, tetap ada segelintir netizen yang mengutuk penampilan Adam pada malam itu serta menyifatkan dirinya sebagai ‘over’.

    Namun, dia tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menerima dengan hati terbuka.

    “Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang” katanya.

    Tentang perkembangan kariernya pula, Adam bakal muncul dalam telefilem Bilo Nogori Jupo Kelate untuk slot Iris TV3 dan Sekolah Hati yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Misteri Lelaki Bertopeng Pada Malam ASK2017 Terbongkar! "