• Misteri Kepala Buaya Terungkai

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Bangkai kepala buaya yang ditemui di tepi jalan di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan, beberapa hari lalu, dipercayai dibunuh menggunakan senjata api.

    Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cawangan Sandakan Hussien Muin berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira 3 petang tadi dan ada luka pada kepala buaya berkenaan.

    "Pemeriksaan lanjut ke atas bangkai kepala buaya itu mendapati ada kesan luka disyaki menggunakan senjata api.

    "Susulan itu, kita membuat laporan polis pada 5.06 petang tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Hussien berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

    "Berdasarkan pemeriksaan juga didapati buaya itu dianggarkan sepanjang 4.6 meter," katanya.

    Semalam, Harian Metro melaporkan misteri penemuan kepala buaya di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan, yang tidak diketahui tarikh sebenar kepala haiwan itu ditinggalkan di lokasi berkenaan.

    Turut ditemui cebisan daging dipercayai daripada bahagian perut haiwan berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Misteri Kepala Buaya Terungkai "