• Miri Laksana Konsep 'No Plastic Bag' Mulai Tahun Depan

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Majlis Bandaraya Miri (MCC) bakal melaksanakan konsep "No Plastic Bag' mulai Januari tahun depan hanya pada setiap hari Ahad.

    Memetik laporan The Borneo Post, Datuk Bandar Adam Yii berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengusaha pasar raya yang enggan mematuhi konsep tersebut.

    "Pada masa ini, ramai pengusaha kurang kesedaran terhadap alam sekitar dan perkara ini amat membimbangkan sesetengah pihak,"

    "Ini menyebabkan bukan sahaja masyarakat bergantung kepada beg plastik tetapi juga menyebabkan pencemaran alam sekitar,"

    Menurutnya lagi, MCC akan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat bagi mendorong pengguna menggunakan beg jenis biodegradable dan mengurangkan penggunaan beg plastik polimer dan styrofoam di bandar ini.

    "Niat utama kami adalah untuk mendidik dan pada masa yang sama ingin konsep 'No Plastic Bag' untuk diterima dan penggunaan beg mesra alam menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk tempatan," katanya.

    Yii menambah, sekiranya pelaksanaan membuahkan hasil yang baik, mereka akan melanjutkan penguasaan tiga hari seminggu tanpa beg plastik ataupun setiap hari tiada istilah penggunaan beg plastik lagi. - Sarawakiana
  • No Comment to " Miri Laksana Konsep 'No Plastic Bag' Mulai Tahun Depan "