• Minta maaf kerana gerak 20 saat lebih awal

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+


    TOKYO: Pengendali kereta api Jepun mengemukakan permohonan maaf atas 'gangguan besar' yang menyebabkan tren bergerak 20 saat lebih awal dari jadual.

    Situasi itu amat mengejutkan bagi negara yang dikenali dengan ketepatan masa dan kesopanan.

    Kereta api Tsukuba Express, yang menghubungkan Tokyo dengan pinggir bandar di utara bandar raya itu meninggalkan Stesen Minami Nagareyama pada jam 9.44.20 pagi waktu tempatan sedangkan jadual asal adalah pada 9.44.40.

    "Kami memohon maaf kerana menyebabkan gangguan besar kepada pelanggan.

    "Kami tidak menerima aduan daripada pelanggan berhubung kejadian ini," kata Tsukuba Express, yang menambah tiada yang terlepas tren disebabkan `gangguan' itu.

    Rangkaian kereta api Jepun, termasuk kereta api laju shinkansen, terkenal dengan ketepatan masa.

    Kelewatan walaupun singkat mendorong pengawal kereta api memohon maaf, yang selalunya mengambil masa lebih lama.

    Dengan kereta api menggunakan laluan sama setiap beberapa minit untuk mengangkut jumlah pelanggan yang ramai, sedikit kelewatan boleh menyebabkan kesesakan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Minta maaf kerana gerak 20 saat lebih awal "