• Meninggal Dunia, Putus Kaki Kiri Dalam Pertembungan 2 Lori Di Selangau

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    SELANGAU: Seorang remaja berusia 19 tahun meninggal dunia selepas lori membawa muatan besi yang dinaikinya melanggar sebuah lagi lori yang diparkirkan di tepi jalan kerana mengalami masalah tayar pancit.

    Mangsa, Andrew Mapang Juni yang merupakan kelindan lori berasal dari Tatau turut putus kaki kiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyemalat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kedua-dua lori tersebut dari arah yang sama ketika kejadian berlaku sekitar jam 4.45 pagi tadi di KM43, Jalan Selangau - Tatau.

    "Sebuah lori membawa muatan besi telah melanggar lori yang diparkirkan di tepi jalan kerana mengalami masalah tayar pancit.

    "Pemandu lori mengalami kecederaan ringan manakala kelindannya putus kaki kiri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya.

    Menurutnya, pihak bomba mengeluarkan kaki kelindan yang masih tersepit di bahagian tempat duduk penumpang.-Sarawakiana


  • No Comment to " Meninggal Dunia, Putus Kaki Kiri Dalam Pertembungan 2 Lori Di Selangau "