• Mengeluh Akan Buatkan Masyarakat Terus Ketinggalan

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Untuk berjaya dalam kehidupan memerlukan setiap invidu berfikir di luar kotak dan rasional bukannya sentiasa mengeluh dengan kehidupan, kata Artis Iban, Castelo Jawi yang popular dengan lagu 'Akai Bajik'.

    Menurutnya, kehidupan pada masa kini memang mencabar dan memerlukan perubahan yang selari dengan perkembangan semasa.

    "Kita asyik mendengar rungutan tentang peningkatan kos sara hidup tetapi bukan caranya untuk kita sekadar mengeluh dengan keadaan.

    "Walaupun saya bukanlah tergolong dalam golongan yang berjaya tetapi saya berjaya mengubah kehidupan saya dan keluarga sedikit demi sedikit," katanya.

    Castelo yang kini turut menjalankan kerja sebagai tukang bina rumah berkata, kita jangan terlalu berharap dalam satu bidang kerja tetapi perlu bijak untuk menambah pendapatan berdasarkan kepakaran diri.

    "Bagi saya, hidup sebagai artis bukan menjanjikan kehidupan saya dan keluarga akan senang lenang kerana dunia hiburan tidak akan kekal selamanya kerana populariti tetap akan pudar.

    "Justeru saya perlu berfikir luar dari kotak dan bertindak rasional jika mahu kehidupan berubah kepada lebih baik," ujarnya.

    Jelasnya, beliau tidak malu untuk memberitahu peminat tentang kerjanya sebagai tukang rumah walaupun pada masa sama masih bergelar artis.

    "Yang penting saya akan mengguna setiap peluang yang ada bagi menambah pendapatan hidup.

    "Jika kita asyik bercakap perihal kehidupan yang susah tanpa berusaha untuk berubah, maka selamanya kita akan sentiasa berada ditakuk lama.

    "Saya menyeru agar kita sama-sama berusaha dan berubah kearah masa depan yang cemerlang supaya kita akan menjadi bangsa yang berjaya," jelasnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mengeluh Akan Buatkan Masyarakat Terus Ketinggalan "