• Mawan Tidak Terburu-Buru Sertai Parti Komponen BN

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    Kedudukan samar-samar dalam kancah politik tempatan tidak sedikit pun membuatkan Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom terburu-buru untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN).

    Seperti kenyataan sebelum ini, Mawan masih menyatakan keinginginannya untuk dicalonkan semula bagi mempertahankan Saratok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    "Apabila tiba masanya, saya akan menyertai mana-mana parti dalam BN jika ia bertujuan untuk kepentingan bersama. Ia mungkin PBB, PRS dan mungkin SUPP," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Mawan berkata, pada masa ini beliau tetap mempromosi BN di kawasan Parlimen Saratok membabitkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Kabong dan Kalaka.

    Beliau kini tidak terikat dengan mana-mana parti selepas meletak jawatan sebagai Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) untuk membolehkannya bertanding sebagai calon langsung BN di Pakan pada 2016.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Mawan Tidak Terburu-Buru Sertai Parti Komponen BN "