• Mawan Belum Daftar Ahli PDP - Tiong

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    Penyandang Kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom belum mendaftar sebagai ahli PDP, demikian kata Presiden parti Demokratik Prograsif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.

    "Sehingga semalam, Mawan belum mendaftar sebagai ahli PDP," tambah beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Tiong memberitahu bahawa Mawan kini masih belum menyertai mana-mana parti politik selepas beliau meninggalkan PDP yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

    Mawan bagaimanapun terpaksa meninggalkan TERAS apabila beliau bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 tahun lalu.

    "Untuk kedudukan Parlimen Satok, ia adalah kerusi kita.

    "Kedudukan Tan Sri William Mawan, biarlah Majlis Tertinggi PDP membuat keputusan mengenainya,"kata Tiong.

    Tambahnya, sama ada saya menunggu atau dia menunggu saya (untuk permohonan sebagai ahli), kalau dia benar-benar berminat, dia boleh memohon sebagai ahli.

    "PDP sudah mempunyai calon berpotensi untuk diletakkan di Parlimen Saratok tidak kira sama ada Mawan mengemukakan permohonan menyertai PDP atau sebaliknya,"ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mawan Belum Daftar Ahli PDP - Tiong "