• Maut Kepala Tersepit Mesin Acuan

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Pekerja lelaki warga Filipina, 35, maut selepas kepalanya tersepit di mesin acuan sebuah kilang di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, 7.13 pagi tadi.

    Dalam kejadian itu kepala mangsa dipercayai tersepit di mesin itu ketika sedang mengendalikannya.

    Komander Operasi Balai Bomba Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan II Azham Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan 7.13 pagi sebelum tiba di lokasi 15 minit kemudian.

    Katanya, sejurus sampai, pihaknya melakukan kerja mengeluarkan mangsa dengan dibantu juruteknik kilang bagi mengendalikan mesin itu.

    Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Bukit Mertajam.

    “Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

    “Operasi kemudian ditamatkan 9.53 pagi,”katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Kepala Tersepit Mesin Acuan "