• Maut Dirempuh Kereta Api

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Lelaki maut manakala rakan sekerjanya cedera selepas pikap mereka dirempuh kereta api di Kampung Mandahan, Papar.

    Pemandu, Jumar Talib, 50, meninggal dunia di Hospital Papar manakala Akob Tamsi, 50, masih menerima rawatan di hospital sama.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman, berkata kejadian pada 4.29 petang semalam.

    Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakannya dalam perjalanan balik daripada bekerja membina tiang pencawang elektrik di Ulu Kimanis, Jalan Keningau.

    “Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa memandu pikap itu melintas landasan tapi tidak menyedari kehadiran kereta api yang datang dari Papar menuju ke Beaufort.

    “Berikutan itu pikap itu dirempuh dari tepi sebelum diseret kira-kira 15 meter," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    “Dua penumpang yang duduk di belakang pikap tidak cedera kerana sempat terjun keluar dari pikap berkenaan.

    “Siasatan mendapati laluan yang digunakan adalah laluan tidak dibenarkan dan tidak berpagar," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Dirempuh Kereta Api "