• Maut Bermain Bom Tangan

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    NAIROBI – Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh ketika bermain dengan bom tangan di sebuah sekolah di Tanzania utara, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP.

    “Kami sedih dengan kematian lima kanak-kanak serta 23 lagi yang cedera,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Adroniz Rurindoli, di wilayah Ngara, tempat sekolah terbabit.

    “Kemalangan berlaku pagi tadi (Rabu). Kanak-kanak itu bermain dengan bom tangan yang mereka sangkakan hanyalah satu objek logam,” katanya.

    Rurindoli berkata, semua mangsa berusia antara tujuh dan sembilan tahun. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Bermain Bom Tangan "