• Mati Ketika Urut

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    IPOH: Seorang warga emas lelaki ditemui mati di sebuah pusat refleksologi di Jalan Yang Kalsom di sini malam tadi.

    Difahamkan, mangsa berusia 65 tahun dipercayai mendapatkan khidmat urut di premis berkenaan ketika kejadian.

    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 malam.

    Bagaimanapun, katanya pegawai perubatan yang tiba di tempat berkenaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di situ.

    "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun dan bedah siasat dijangka dijalankan jam 9 pagi esok (hari ini) bagi mengenal pasti punca kematian.

    "Setakat ini polis mengklasifikasikan kematian sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat diperoleh," katanya ketika dihubungi, di sini malam tadi.

    Subjects:

  • No Comment to " Mati Ketika Urut "