• Masyarakat Iban Perlu Pandang Ke Depan Dan Lupakan Sengeta Lama - Penguang

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    MIRI: Ketua masyarakat dan ketua kaum khususnya masyarakat iban perlu memandang ke hadapan dan melupakan sengketa lama yang merugikan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil, jangan membuang masa dengan bergaduh sesama sendiri kerana ia tidak membawa manfaat sebaliknya memalukan diri sendiri.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Penguang memberitahu bahawa tanggungjawab menyatukan tuai-tuai rumah yang berpecah belah merupakan cabaran utama beliau sejak dipilih sebagai wakil rakyat di Marudi selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

    "Ia satu tanggungjawab yang amat berat kerana hanya di Marudi mempunyai dua tuai rumah dalam satu rumah panjang.

    "Saya berjarap, tuai-tuai rumah yang dilantik dapat memainkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan amanah," tegas beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Masyarakat Iban Perlu Pandang Ke Depan Dan Lupakan Sengeta Lama - Penguang "