• Masing Puji Ali Biju Ketepikan Politik Demi Bantu Sekolah Pedalaman

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    KAPIT: Membantu sekolah di pedalaman menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing memuji sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju kerana mengetepikan agenda politik.

    Menurutnya, kehadiran Ali ke kawasan Ulu Pelagus menunjukkan beliau mempunyai niat untuk membangunkan anak-anak di kawasan pedalaman seterusnya membantu membangunkan bangsa.

    “Memang dalam politik kita sentiasa bergaduh tetapi dalam soal membangunkan anak-anak bangsa menerusi pendidikan, kita mesti bekerjasama.

    “Walaupun politik kami berdua berbeza tetapi tujuan tetap sama iaitu membangunkan anak-anak bangsa,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, Ali bersama-sama melaksanakan program CSR di sekolah tersebut.

    Masing yang juga Menteri Pembangunan Insfrastruktur dan Pengangkutan berkata, Ali turut komited membantu SK Ulu Pelagus meskipun ia bukan kawasannya sebaliknya merupakan kawasan Barisan Nasional (BN).

    “Itulah Ali yang sangat kita kagumi kerana beliau datang dari jauh untuk membantu kita di sini. Beliau benar-benar mahu membangunkan anak-anak di sini bagi membolehkan mereka belajar dengan lebih selesa,” kata ADUN Baleh itu lagi. – Sarawakiana
  • No Comment to " Masing Puji Ali Biju Ketepikan Politik Demi Bantu Sekolah Pedalaman "