• Masihkah Aziz DAP 'Anak Emas' Chong?

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak giat mempromosi yang parti tersebut adalah parti politik untuk pelbagai kaum di Sarawak.

    Malah pengerusinya Chong Chieng Jen menjelaskan DAP beri kesaksamaan terhadap semua kaum sebagai ahli terutama golongan muda.

    Memang diakui Chong tidak memilih sesiapa sahaja dan buktinya beliau melantik Abdul Aziz Isa sebagai pegawai khasnya dan pernah menjadi calon DAP bagi DUN Batu Kitang.

    Aziz memang selayaknya mendapat apa yang diidamkan kerana selama ini beliau lebih aktif mempromosi DAP kepada masyarakat.

    Namun sejak kebelakangan ini, Aziz seakan kecewa apabila memuat turun status facebook yang menjelaskan beliau begitu kecewa terhadap pihak tertentu.

    Beliau meluahkan semua kerja sudah dilakukan dan ada pihak dalam DAP sendiri tidak menghargai peranan beliau selama ini.

    Dalam isu tersebut, Chong masih berdiam diri dan tidak mengeluar sebarang kenyataan samada membela Aziz atau pihak sebaliknya.

    Persoalannya kini, PRU14 akan muncul dan percaturan DAP belum lagi ada keputusan. Mungkinkah Chong tidak akan meletak Aziz sebagai calon pada PRU nanti dan jika tidak apakah perancangan Chong untuk masa depan Aziz Isa?-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masihkah Aziz DAP 'Anak Emas' Chong? "