• Masih Yakinkah Sarawak Terhadap Kit Siang Dan Guan Eng ?

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+
    Parti Tindakan Demokratik (DAP) seakan menghampiri kemusnahan akibat masalah-masalah yang dihadapi seolah sukar untuk dibendung memandangkan keyakinan ahli terhadap pucuk kepimpinan semakin pudar.

    Dengan isu-isu terkini seperti kelewatan pemilihan CEC yang dilapik pelbagai alasan oleh Penasihat Lim Kit Siang dan anaknya selaku Setiausaha Agung merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merobek kepercayaan ahli yang sudah bosan dengan dolak dalik sedangkan ia hanya perlu diselesaikan tanpa perlu mereka pelbagai alasan serta menuding jari kepada pihak lain.

    Apa lagi yang sedang dihadapi Guan Eng, dengan isu rasuah yang mendapat kritikan pedas daripada DAP Pulau Pinang sendiri dan terkini tragedi tanah runtuh Tanjung Bungah yang menyebabkan kehilangan nyawa. Guan Eng seperti biasa melontar kesalahan kepada pihak lain walhal penduduk dan ahli DAP mengkritik beliau sekeras-kerasnya.

    Susulan insiden tersebut, ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu juga sudah mahu keluar dari DAP ekoran kegagalan parti DAP mengendalikan isu tanah runtuh di tapak projek berkenaan.

    Malah Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw sewaktu ditemuramah TV3 menyatakan DAP akan menyaksikan lebih ramai ahli yang akan keluar parti kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Kit Siang dan Guan Eng.

    Isu ahli keluar parti bukanlah isu baru dalam DAP malah ia telah lama berlaku. Bukan sekadar berlaku di Semenanjung, ia turut berlaku di Sabah dan Sarawak dengan alasan keluar ialah tidak yakin dan percaya kepimpinan Kit Siang dan Guan Eng.

    Terdapat bekas ahli DAP menyatakan slogan Cekap, Akaundibiliti dan Telus (CAT) hanya retorik pemimpin DAP yang berselindung disebalik kepincangan parti.

    Segalanya terbukti dan ahli DAP mendedahkan satu persatu walaupun Kit Siang dan Guan Eng menyalah Barisan Nasional (BN) tetapi tindakan keluar parti tidak mampu dibendung lagi. Justeru menerusi apa yang berlaku, adakah DAP Sarawak masih yakin terhadap Kit Siang dan Guan Eng sedangkan apa yang berlaku terbukti di depan mata ahli DAP sendiri. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Masih Yakinkah Sarawak Terhadap Kit Siang Dan Guan Eng ? "