• Marquez Sambar Petak Hadapan GP Valencia

    Published: Sunday, 12 November 2017
    A- A+

    CHESTE, SEPANYOL: Marc Marquez mengukuhkan kedudukan dalam misi memburu gelaran juara dunia MotoGP apabila menyambar petak hadapan Grand Prix Valencia, semalam.

    Pelumba Honda itu seharusnya berasa selesa selepas pencabar terdekatnya, Andrea Dovizioso pula sekadar merakam masa kesembilan terpantas.

    Mendahului dengan kelebihan 21 mata dalam carta pelumba, Marquez hanya boleh dinafikan gelaran juara dunia buat kali keempat jika dia menamatkan perlumbaan esok dengan kedudukan lebih rendah daripada 11 manakala pelumba Ducati, Dovizoso muncul juara.

    Marquez cemerlang apabila merekodkan petak hadapan kelapan musim ini dengan catatan 1 minit 29.897 saat.

    Pelumba Perancis, Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone dari Itali akan menyertai Marquez di kelompok depan.

    Ia adalah hari malang buat Dovizioso yang berharap mampu memberi tekanan kepada Marquez apabila dia sekadar menamatkan saingan untuk berada dalam kelompok ketiga.

    "Kami sudah bersedia untuk perlumbaan esok, kami berada di petak hadapan dan yang paling penting kami sudah mendapat rentak," kata Marquez.

    Catatan masa Marquez sukar digugat yang menyaksikan Dovizioso ketinggalan 0.349 di tempat kedua manakala Iannone ketinggalan lebih setengah saat untuk mencatat masa ketiga terpantas. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Marquez Sambar Petak Hadapan GP Valencia "