• Malaysian Tigress Duduki Tempat Kelima Piala Asia

    Published: Sunday, 5 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara menamatkan kempen Kejohanan Piala Asia 2017 di tempat kelima selepas mengalahkan Thailand 4-0 pada perlawanan penentuan kedudukan di Kakamigahara, Jepun, hari ini

    Skuad negara dikenali Malaysian Tigress membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi jaringan gol padang oleh Norfaeizah Md Saiuti disusuli jaringan pukulan sudut penalti oleh pemain pertahanan, Nuraaini Rashid pada minit ke-12.

    Bersambung separuh masa kedua perlawanan, penyerang Hanis Nadiah Onn memberi kedudukan selesa buat skuad negara hasil jaringan ketiga menerusi gol padang pada minit ke-45 sebelum Nuraini sekali lagi bertindak cemerlang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-58.

    Skuad bimbingan Dharma Raj Abdullah gagal menamatkan badi 32 tahun selepas kali terakhir mara ke pentas separuh akhir Piala Asia pada edisi 1985 di Seoul, Korea Selatan yang mana mereka meraih tempat ketiga. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysian Tigress Duduki Tempat Kelima Piala Asia "