• Malaysia Tidak Terima Reaksi Negatif Susulan Lawatan Emir Qatar

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR : Malaysia tidak menerima sebarang reaksi negatif dari negara-negara kuartet Arab iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir, susulan lawatan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani ke Malaysia pada 15 Okt lepas.

    Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kedutaan besar Malaysia turut melaporkan tiada pelaporan negatif daripada media di negara-negara berkenaan.

    Beliau berkata pada masa ini, konflik antara Qatar dengan negara-negara Arab tidak menggugat hubungan diplomatik yang terjalin antara kesemua negara terlibat dengan Malaysia.

    "Kerajaan sentiasa mengharapkan penyelesaian segera dan juga menyokong sebarang usaha damai bagi menyelesaikan konflik dalaman negara-negara Teluk serta menggesa pihak terlibat meredakan ketegangan dan bekerjasama dalam mencapai keamanan serantau," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai kesan lawatan itu terhadap hubungan dua hala dan hubungan Malaysia dengan negara-negara kuartet Arab.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Tidak Terima Reaksi Negatif Susulan Lawatan Emir Qatar "