• Malaysia, Pintu Masuk India Ke ASEAN

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+
    Perdana Menteri berkata perkongsian strategik yang dijalin antara kedua-dua negara itu pada Oktober 2010 dibina atas hubungan erat secara tradisinya dan dipertingkatkan lagi dengan lebih dinamik.

    “Usahawan dan syarikat Malaysia kini memanfaatkan peluang ekonomi dan pelaburan yang amat besar di India, terutamanya dalam prasarana,” katanya.

    Beliau berkata antara negeri-negeri di India yang syarikat Malaysia aktif beroperasi ialah Rajashtan, Telegana, Andhra Pradesh, Maharashtra dan Tamil Nadu.

    Najib berkata oleh kerana Malaysia dan India menyertai dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, kedua-dua negara akan menjadi sebahagian daripada kawasan yang mengandungi hampir 50 peratus daripada penduduk dunia dan menyumbang hampir 40 peratus daripada perdagangan global apabila perjanjian perdagangan mega itu dimuktamadkan kelak.

    “Jadi kedua-dua negara ini bukan sahaja bersiap sedia, tetapi juga bertekad untuk menyemarakkan Asia ke persada global,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia, Pintu Masuk India Ke ASEAN "