• Lupus Dadah RM23.3 Juta Esok

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    Dua belas jenis dadah bernilai RM23.3 juta di bawah kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan dilupuskan Polis Pahang, esok.

    Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azri Ahmad berkata, pelupusan itu membabitkan 4,655 barang kes dari 2013 hingga 2016.

    Katanya, ia membabitkan heroin seberat 1,281 kilogram (kg), methamphetamine (2.8 kg), kanabis, ketamin (371 gram) dan nimetazepam (950 gram).

    "Dadah lain adalah midazolam seberat 5.7 gram, ecstasy (154.25 gram), cecair ketum (4,395 liter), daun ketum (30.68 kg), codein (157.32 gram), pil psikotropik (2.7 kg) dan 115.88 gram lain-lain dadah," katanya dalam sidang media, di Kuantan, hari ini.

    Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Lam Thiat Huat.

    Azri berkata, dadah berkenaan dilupuskan selepas mendapat perintah berikutan prosiding mahkamah dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan terhadap pesalah terbabit sudah tamat.

    "Pelupusan akan dikendalikan kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, kira-kira 9 pagi esok," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lupus Dadah RM23.3 Juta Esok "