• Lombong Pasir: Akaun RM4 Juta Dibeku

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membekukan akaun syarikat bernilai RM4 juta, susulan penahanan tiga individu dipercayai terlibat dengan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

    Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan petang semalam ialah dua pengarah syarikat melombong pasir bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.

    "Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap perlombongan pasir dan batu secara haram di lokasi di Kajang sejak 2014," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.

    "Pasukan penyiasat memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram dalam satu operasi dilancarkan 10 pagi tadi dan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta dibekukan.

    "Semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman bagi membantu siasatan," katanya.

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

    Beliau berkata, operasi itu dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lombong Pasir: Akaun RM4 Juta Dibeku "