• Liputan Bekalan Elektrik Seluruh Sarawak Dapat Dicapai - SEB

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) membelanjakan modal yang tinggi sejak dua hingga tiga tahun lalu bagi memastikan sasaran 100 peratus kawasan di negeri ini mendapat bekalan elektrik.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Sharbini Suhaili, berkata SEB memperuntukkan kira-kira RM4 bilion perbelanjaan modal pada tahun depan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan bekalan elektrik di bahagian utara Sarawak.

    "Antara projek yang dalam perancangan kami ialah pembinaan loji jana kuasa arang batu di Balingan yang akan mula beroperasi pada pertengahan tahun depan.

    "Selain itu, membangunkan jana kuasa gabungan kitaran turbin gas (CCGT) di Tanjung Kidurong, Bintulu yang akan beroperasi pada tahun 2021," katanya dipetik Berita Harian.

    Sharbini turut memberitahu, pihak SEB kini sedang mengadakan perbincangan dengan Sabah dan Brunei bagi mencapai perjanjian berhubung penjualan bekalan elektrik selain Kalimantan, Indonesia. - Sarawakiana
  • No Comment to " Liputan Bekalan Elektrik Seluruh Sarawak Dapat Dicapai - SEB "