• Lina Soo Cadang Debat MA63 Dengan Pandikar Amin Di Kuala Lumpur

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo mencadangkan tiga tarikh untuk berdebat secara terbuka dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Tarikh yang dicadangkan melibatkan 13, 20 atau 27 Januari dimana-mana venue pilihan di Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 petang dalam bahasa Inggeris.

    Menurutnya, bahasa Inggeris dipilih sebagai bahasa debat tersebut memandangkan Perjanjian Malaysia merupakan perjanjian antarabangsa yang diwujudkan British yang ditandatangani dan dimeterai di London.

    "Tan Sri (Pandikar Amin) kami mencadangkan butiran debat termasuk tarikh, tempat, masa dan bahasa yang akan digunakan.

    "Cabaran anda mewujudkan keterujaan di Facebook dan media sosial kerana ia merupakan topik hangat melibatkan kepentingan negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Lina turut menyatakan kesudian untuk hadir di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang dimahukan Pandikar.

    "Saya menghormati tawaran beliau dengan menerima cabaran untuk berdebat mengenai MA63," ujarnya.

    Baru-baru ini, Pandikar dilaporkan mencabar mana-mana pihak yang mahu berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Malaysia khususnya membabitkan hak Sarawak dan Sabah.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Lina Soo Cadang Debat MA63 Dengan Pandikar Amin Di Kuala Lumpur "