• Lima Tebusan Abu Sayyaf Diselamatkan

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    MANILA: Tentera Filipina berjaya menyelamatkan lima nelayan tempatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

    Lima nelayan itu dijadikan tebusan selama 35 hari sejak mereka ditahan oleh kumpulan berkenaan berdekatan Kepulauan Sulu.

    Ketua Tindakan Mindanao Barat Filipina, Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, kesemua tebusan berjaya melarikan diri ketika tentera kerajaan berbalas tembakan dengan Abu Sayyaf.

    Tambahnya lagi, tentera sedang berusaha menyelamatkan 17 lagi tebusan termasuklah seorang warga Belanda, Vietnam, lima rakyat Indonesia dan 10 penduduk tempatan.

    - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Tebusan Abu Sayyaf Diselamatkan "