• Liga Sepak Takraw Terbuka Saribas Tawar Hadiah Lumayan

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    DEBAK: Liga Sepak Takraw Terbuka Saribas akan diadakan dari 8 hingga 10 Disember 2017 di Dewan Perpaduan Debak.

    Pengerusi Pengelola Rashid bin Talip berkata, pertandingan kali keempat tersebut dianjurkan Saberkas Cawangan Debak secara tidak langsung untuk mempromosikan Saribas dan Debak.

    "Penyertaan terbuka kepada pasukan yang bermastautin di negeri sarawak.

    "Hadiah bagi liga kali ini telah digandakan daripada RM1,500 pada tahun lepas kepada RM3,000," katanya.

    Tambahnya, penganjuran kali ini merupakan platform untuk menjadikan sukan sepak takraw sebagai sukan pilihan remaja di kawasan Debak.

    Setiausaha pertandingan, Abang Abdul Rahim menjelaskan yuran penyertaan untuk setiap regu ditetapkan pada kadar RM200 sepasukan.

    "Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan dan menyediakan suasa pertandingan yang lebih adil, pasukan yang menghantar pasukan yang keseluruhannya terdiri daripada pemain peringkat negeri tidak dibenarkan sama sekali.

    "Pasukan boleh mendaftarkan seorang atau lebih pemain peringkat negeri tetapi dalam setiap permainan, hanya seorang dibenarkan turun padang," jelas beliau yang juga seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dit.

    Menurutnya, pemain negeri bagi tahun 2013 dan ke bawah tidak diambil kira.

    "Saya turut berharap agar pertandingan ini dapat menggalakkan remaja supaya terlibat secara langsung dalam penganjuran sukan yang berprestij selain dapat meningkatkan ekonomi penduduk di Debak," ujarnya.

    Jelasnya, pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, boleh menghubungi Abang Busri (014-6995597), Lola Julai (013-5717175), Sahimi (011-25166056), Abang Abdul Rahim (016-9716512) dan Jelani (019-4687793).-Sarawakiana
  • No Comment to " Liga Sepak Takraw Terbuka Saribas Tawar Hadiah Lumayan "