• LHDN, Kastam kongsi maklumat kutipan cukai

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 16 Nov. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengadakan Memorendum Persefahaman (MoU) untuk membolehkan kedua-dua agensi itu berkongsi maklumat masing-masing bagi meningkatkan kecekapan kutipan cukai di negara ini.

    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama itu dapat mengharmonikan bidang kuasa LHDN dan JKDM memandangkan kedua-duanya berperanan untuk mengutip cukai.

    Kata Johari, kerjasama berkenaan dapat mengurangkan kos penguatkuasaan kedua-dua agensi selain dapat mengekalkan bilangan kakitangan yang sedia ada tanpa mengorbankan aspek kecekapan kutipan cukai.

    “Langkah ini memberi manfaat kepada semua pihak. Objektif utama kerjasama yang dijalinkan adalah untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan cukai secara bersama.

    “Melalui perkongsian maklumat, padanan data yang diperolehi membolehkan tindakan sesuai dan tepat diambil terhadap pembayar cukai,” katanya selepas menyaksikan tandatangab MoU Perkongsian Maklumat antara LHDN-JKDM di sini hari ini.

    Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " LHDN, Kastam kongsi maklumat kutipan cukai "