• Lelaki Rogol Bayi 18 Bulan Depan Anak

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    AMAT kejam sebagai manusia apabila seorang lelaki di pinggir New Delhi, India, tergamak memperkosa bayi berusia 18 bulan, malah melakukan perbuatan terkutuk itu disaksikan dua anaknya berusia dua dan empat tahun.

    Lelaki itu yang sudah ditahan polis semalam, menghadapi dakwaan mengikut Akta Kesalahan Seksual Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

    Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang merupa anak jirannya telah ditinggalkan di rumah suspek, supaya dapat bermain dengan dua anaknya di luar rumah.

    Bagaimanapun suspek kemudian menyuruh tiga kanak-kanak itu bermain di dalam bilik tidur dan terus memperkosa mangsa sambil disaksikan dua anaknya.

    Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi selepas ditemui ditinggalkan di luar rumahnya dalam keadaan menahan sakit dan berdarah.

    Ketua Pesuruhjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal, yang melawat mangsa di hospital berkata, kanak-kanak itu stabil selepas menjalani pembedahan.

    “Bayi malang itu masih belum tahu bercakap, dia hanya terbaring di tempat kejadian,” katanya.

    Kejadian ini hanyalah salah satu daripada rekod serangan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di India.

    Hampir 11,000 kes rogol kanak-kanak dilaporkan pada tahun 2015, menurut angka terbaru Biro Rekod Jenayah Kebangsaan.

    Sekitar tiga kanak-kanak dirogol setiap hari di Delhi sahaja – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Rogol Bayi 18 Bulan Depan Anak "