• Lelaki Maut Rempuh Pokok Di BDC

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+
    foto ihsan bomba
    KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Stutong dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam itu, kereta yang dipandu Heng Wee Chiat, 29 hilang kawalan sebelum merempuh dua batang pokok.

    Mangsa disahkan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Umum Sarawak(HUS).

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, sebelum kejadian berlaku kereta myvi mangsa datang dari arah pusat bandaraya menuju ke arah Jalan Stutong, BDC.

    Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kemalangan, kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh di situ.

    "Impak rempuhan kuat mengakibatkan mangsa tersepit di dalam kereta dan mengalami kecederaan parah pada anggota badannya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Maut Rempuh Pokok Di BDC "