• Lelaki Gelandangan Raih RM411,700 Lepas Derma Duit

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+


    APABILA seorang lelaki gelandangan di Philadelphia sanggup menggunakan baki wang terakhirnya berjumlah AS$20 (RM82) untuk membantu seorang wanita, dia tidak mengharapkan sebarang balasan.

    Namun, perbuatan itu akhirnya mendatangkan ganjaran yang begitu besar.

    Johnny yang membantu seorang wanita dari New Jersey yang kehabisan minyak kereta, mendapat balasan berkali ganda daripada jumlah bantuan yang dihulurkannya.

    Kate mcClure, 27, dia sedang memandu ke Philadephia sewaktu kenderaannya kehabisan minyak di Interstate 95.

    "Johny nampak saya dan berhenti. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

    "Dia menyuruh saya masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu.

    "Tidak lama kemudian, dia kembali dengan tin minyak petrol yang dibeli menggunakan baki terakhir duit yang dimilikinya," ujar Kate.

    Menurut Kate, dia tidak mampu membayar duit Johny pada waktu itu kerana tiada wang tunai bersamanya.

    Apabila Kate kembali ke kawasan itu beberapa minggu lalu, dia membayar semula wang Johny termasuk memberi bantuan seperti jaket, sarung tangan, topi, stokin dan sejumlah wang kepada lelaki itu.

    Lebih mengharukan, Kate turut melancarkan tabung kutipan dana untuk Johny di GoFundMe.com dan mencapai sasaran AS$10,000 (RM41,170) dalam tempoh yang singkat.

    "Johny sebenarnya berminat untuk mencari kerja. Saya percaya, dengan tempat yang sesuai untuk dia berehat dan membersihkan diri, hiudpnya akan kembali normal.

    Menurut Kate lagi, Johny sebelum ini merupakan seorang juruteknik ketika bersama pasukan tentera laut.

    Dia juga pernah bekerja sebagai ahli bomba dan paramedik sebelum menjadi gelandangan.

    Laman kutipan dana itu ditutup atas permintaan Johny selepas ia mencapai kutipan sebanyak AS$100,000 (RM411, 700) kerana dia tidak mahu kelihatan seperti cuba mengambil kesempatan atas apa yang diperolehinya.

    Namun, Kate memulakan semula laman itu dan Johny sangat gembira dengan jumlah kutipan tersebut.

    Dia turut berhasrat untuk mendermakan sejumlah wang daripada kutipan dana itu kepada orang lain yang memerlukan.

    Menurut laporan New York Post, Johny mahu mendapatkan kerja di gudang simpanan Amazon di Robbinsville, New Jersey.

    Seorang ahli rekrut di syarikat itu juga maklum mengenai hasrat Johny dan mahu membantunya mendapatkan pekerjaan di situ.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Gelandangan Raih RM411,700 Lepas Derma Duit "