• Lelaki Gadai Nyawa Bermain Dengan Buaya

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    ARNHEM LAND, Australia – Seorang lelaki daripada kaum pribumi Yolngu dirakam memperjudikan nyawanya dengan bermain bersama seekor buaya liar air masin di pantai perkampungan Bawaka di sini.

    Berdasarkan klip video yang dimuat naik ke laman YouTube, lelaki bernama Dima itu menganggap reptilia bersaiz besar tersebut sebagai haiwan peliharaan selepas kerap mengunjunginya, lapor Kosmo.

    Dima dirakam menepuk air dan pasir pantai serta menggunakan seekor ikan segar untuk memanggil buaya bernama Nike itu untuk naik ke pantai sebelum memberinya makan.

    Dia kemudian akan menepuk bahagian belakang buaya berkenaan sewaktu haiwan itu merangkak kembali ke laut.

    Bagaimanapun, Ketua Renjer Suruhanjaya Taman Hidupan Liar NT, Tommy Nichols menyifatkan tindakan itu sebagai bodoh kerana buaya sebenarnya amat sukar diramal dan tidak boleh dijinakkan.

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Gadai Nyawa Bermain Dengan Buaya "