• Lelaki Ditemukan Mati Bersama 3 Anak Sah Gantung Diri

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    ALOR SETAR – Laporan bedah siasat mengesahkan kematian seorang lelaki berumur 48 tahun yang ditemukan bersama tiga anaknya dalam bilik di sebuah rumah dua tingkat di Lot 88 Perdana Heights di Sungai Petani semalam berpunca daripada menggantung diri.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid berkata laporan bedah siasat itu dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagaimanapun sebab kematian dua anak lelakinya masing-masing berusia lima dan enam tahun serta anak perempuannya yang berusia lapan tahun masih belum diperolehi.

    “(Namun anaknya itu) dipercayai dicekup pada muka dengan objek lembut seperti bantal. Kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas lelaki tersebut dan kematian mengejut (SDR) ke atas ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Empat beranak itu ditemukan mati dalam bilik di rumah berkenaan kira-kira 2 petang semalam dan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan dihadapi keluarga terbabit. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Ditemukan Mati Bersama 3 Anak Sah Gantung Diri "