• Lelaki Bergambar Dengan Bom Tangan Akhirnya Maut

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    NAYA…seorang lelaki meninggal dunia selepas bergambar dengan sebutir bom tangan yang telah dibuka pinnya di dalam sebuah kereta.

    Alexander ‘Sasha’ Chechik dari Rusia bagaimanapun sempat menghantar gambar dia memegang bom tangan itu sebelum ia meletup dan membunuhnya.

    Menurut polis, lelaki itu dipercayai tidak berniat untuk membunuh diri sebaliknya dia menyangka bom tangan itu tidak akan meletup walaupun selepas pinnya ditarik, selagi bom itu tidak dibaling.


    Susulan itu polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan, bukan bunuh diri. Namun insiden itu tetap disiasat.

    Dalam pada itu rakan-rakannya yang menerima gambar dia memegang bom tangan itu, sangat terkejut dan merayu kepadanya supaya jangan melakukan perkara bodoh.

    Namun mereka terlambat kerana bom itu sudah meletup. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Bergambar Dengan Bom Tangan Akhirnya Maut "