• Lebih 50 Peratus Rumah PR1MA Terjual

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    Sejumlah 50.3 peratus rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan nilai pembangunan kasar RM3.16 bilion dijual sehingga 15 November lalu.

    “Ini mewakili 12,640 unit daripada 25,132 unit rumah PR1MA yang dibuka untuk dijual pada masa ini,” kata Perbadanan PR1MA Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

    Perbadanan itu berkata dakwaan laporan media massa bahawa bilangan unit yang kini dalam pelbagai peringkat pembinaan dan penjualan adalah mengelirukan pembaca.

    “Tidak semua 141,661 unit yang sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dibuka untuk jualan, dan adalah tidak benar untuk menyimpulkan bahawa kurang daripada 10 peratus unit PR1MA dijual sehingga kini.

    “Sebelum menjual rumah, kami mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, dan bukan semua rumah yang sedang dalam pembinaan boleh dijual,” kat PR1MA.

    Kenyatan itu juga menyebut bahawa sambutan ke atas projek PR1MA sangat menggalakkan di lokasi utama seperti PR1MA @ Jalan Jubilee di Bukit Bintang, yang terlebih langganan sebanyak 27 kali, dengan 224 unit atau 42 peratus daripada 542 unit untuk jualan, dibeli dalam tempoh tiga hari pada minggu lalu.

    Harga yang berpatutan ini membolehkan rakyat Malaysia memiliki rumah di lokasi utama, betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, katanya.

    “Kami mahu menegaskan bahawa PR1MA komited menyediakan rumah dengan gaya hidup dan konsep komuniti untuk pembeli rumah dari kumpulan berpendapatan sederhana (M40).

    “Selain itu PR1MA menyasarkan menjual 16,250 unit menjelang akhir tahun menerusi pameran bergeraknya di seluruh negara,” katanya. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 50 Peratus Rumah PR1MA Terjual "