• Larangan bertudung pekerja hotel barisan depan tidak adil, kata Umno

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    Dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan mungkin perlu diteliti bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

    Ketua Puteri Umno itu juga berpandangan isu tersebut tidak sepatutnya timbul memandangkan Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam agama rasmi selain memperuntukkan kebebasan untuk rakyat negara ini mengamalkan agama masing-masing.

    “Perkara itu juga tidak adil bagi golongan wanita muda (yang rata-rata bertudung) dan sedang mencari pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan cawangan-cawangan Puteri Umno Pahang, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

    Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

    Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Larangan bertudung pekerja hotel barisan depan tidak adil, kata Umno "