• Lapangan Terbang Ngurah Rai, Ditutup Sehingga Esok

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    AMED, Bali: Gunung Agung terus mengeluarkan debu memaksa pihak berkuasa Indonesia menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai masuk hari ketiga, hari ini.

    Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia itu akan ditutup sehingga 7 pagi esok.

    Pihak berkuasa secara berterusan membuat penilaian risiko debu yang berterbangan dibawa angin ke seluruh pulau itu.

    Beberapa kepulan asap putih dan kelabu kelihatan di puncak gunung selepas hujan menjejaskan jarak penglihatan di pulau itu terutama di waktu malam.

    Tindakan menutup lapangan terbang yang terletak kira-kira 60 kilometer dari gunung itu menyebabkan kira-kira 443 penerbangan dalam dan luar negara terjejas.

    Gunung yang terletak di timur Bali itu dengan ketinggian 3,000 meter, kali terakhir meletus pada 1963. Ia mengorbankan lebih 1,000 orang dan memusnah banyak kawasan perkampungan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lapangan Terbang Ngurah Rai, Ditutup Sehingga Esok "