• Lapangan Terbang Bali Terus Ditutup Akibat Letusan Gunung Berapi

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia hari ini melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali bagi tempoh 24 jam ekoran debu daripada letusan Gunung Berapi Agung dekat sini.

    Kata kementerian dalam satu kenyataan, laporan daripada pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan laluan penerbangan pesawat dipenuhi dengan debu gunung berapi.

    “Lapangan terbang Bali kira-kira 60 kilometer dari gunung berapi akan ditutup sehingga pukul 7 pagi waktu tempatan pada 29 November,” kata kenyataan itu.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lapangan Terbang Bali Terus Ditutup Akibat Letusan Gunung Berapi "