• Kuku Bayi Menyeramkan, Dibidas Ramai

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Kuku bayi ini kelihatan menyeramkan. Sekali pandang seperti kuku Pontianak. Namun selepas gambar kuku berkenaan dimuat naik dalam Instagram, ia telah mencetuskan kekecohan.

    Gambar berkenaan dimuatnaik oleh Daily_earthpix, iaitu laman web yang sering berkongsi gambar-gambar semula jadi dan binatang.

    Pada gambar itu ditulis kapsyen “Comel atau tidak’’.

    Kuku bayi itu kelihatan seperti sangat sempurna dan dipotong mengikut bentuk dan dikilatkan.

    Seramai 34,000 telah menekan butang `like’ namun tiada seorang pun netizen yang bersetuju bahawa kuku itu kelihatan comel.

    Mereka juga memberi amaran ia akan membahayakan bayi tersebut dan boleh menyebabkan kulitnya calar.

    Bukan itu sahaja, kuku yang panjang akan mengandungi kuman, justeru ia boleh menyebabkan penyakit kepada bayi itu apabila dia memasukkan jari ke dalam mulut. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kuku Bayi Menyeramkan, Dibidas Ramai "