• KPN Nafi Tarik Balik UTK Tun M

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengiring peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Mohamad Fuzi berkata, hak keistimewaan Mahathir masih dikekalkan, bagaimanapun beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa diarahkan kembali bertugas dengan PDRM.
    “Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan beliau.

    “Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya.

    Rabu lalu, Mahathir memuat naik menerusi status di laman Facebook beliau berhubung khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) kepadanya yang ditarik balik.

    Sebaik perkara itu diumumkan, gambar Mahathir memeluk dua individu tular di media sosial.
    Terdahulu, kerajaan turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabat Mahathir.

    Sebelum ini, pada Mei 2016, polis pengiring Mahathir telah ditarik balik.

    Ketika itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil susulan penglibatan Mahathir dalam perhimpunan Bersih dan anti kerajaan. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " KPN Nafi Tarik Balik UTK Tun M "