• Korea Utara Uji Peluru Berpandu Baharu

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata, negaranya mencapai keupayaan nuklear sepenuhnya selepas berjaya menguji sebuah peluru berpandu baharu yang berupaya memusnahkan mana-mana sasaran di Amerika Syarikat (AS).

    Ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) itu dibuat dua bulan selepas Pyongyang menghentikan ujian misilnya.

    Pelancaran itu merupakan cabaran terbaharu buat Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini berjanji akan membendung keupayaan nuklear Korea Utara.

    Agensi berita KCNA melaporkan, Peluru berpandu Hwasong-15 yang dilancarkan hari ini itu merupakan ICBM dilengkapi dengan peledak yang sangat besar dan mampu menyerang mana-mana lokasi di tanah besar AS.

    Pyongyang berkata, peluru berpandu tersebut mencapai altitud 4,475 kilometer dan jatuh 950 kilometer dari lokasi pelancarannya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Uji Peluru Berpandu Baharu "