• Korea Utara Bina Kapal Selam Peluru Berpandu Balistik

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Imej satelit kawasan tentera laut Korea Utara yang diambil bulan ini menunjukkan Pyongyang meneruskan jadual agresif untuk membina kapal selam peluru balistik pertamanya, kata lapor institut Amerika Syarikat semalam.

    Projek memantau Korea Utara, 38 North yang beribu pejabat di Washington, menyatakan imej yang diambil pada 5 November lalu menunjukkan aktiviti di Limbungan Selatan Sinpo.

    "Kehadiran apa yang kelihatan sebahagian utama kapal selam di limbungan menunjukkan pembinaan kapal selam baharu, kemungkinan kapal selam peluru berpandu balistik SINPO-C," kata 38 North dalam laporannya.

    Laporan menyatakan sepanjang tahun 2017 ada pergerakan berterusan pada beberapa bahagian dan komponen masuk dan keluar dua limbungan yang bersambung dengan dewan pembinaan di tengah kawasan itu.

    Ia berkata, imej berkenaan menunjukkan dua objek bulat besar yang kemungkinan unit ruang tekanan kapal selam.

    Ia kelihatan lebih besar berbanding kapal selam tempur ROMEO.

    Korea Utara berusaha membangunkan peledak nuklear yang boleh sampai di Amerika Syarikat, mencetuskan krisis antarabangsa yang mendorong Presiden Donald Trump, berkata semua pilihan terbentang termasuk ketenteraan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Bina Kapal Selam Peluru Berpandu Balistik "