• Korea Selatan Beli Kapal Selam Nuklear

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    SEOUL: Korea Selatan sedang berunding dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli kapal selam berkuasa nuklear bagi menghalang ancaman Pyongyang.

    Presiden Donald Trump dipetik laporan tempatan berkata hari ini, Seoul akan membeli 'bilion dolar' senjata buatan AS.

    Kapal selam berkuasa nuklear mampu bertahan di dasar laut sehingga beberapa bulan, memberinya jarak lebih jauh berbanding milik negara jiran yang berkuasa diesel serta dianggap penting bagi menghalang mana-mana serangan nuklear.

    Pembelian seperti itu akan menggariskan semula keseimbangan kuasa di timur laut Asia dan mungkin mencetuskan perlumbaan senjata serantau.

    Jepun, sekutu lain AS, tidak memiliki kapal selam berkuasa nuklear dan dilarang memilikinya mengikut perlembagaan. Jepun dihalang mempunyai senjata itu di bawah perlembagaan damai pasca Perang Dunia Kedua.

    Ketika tentera laut China yang semakin berkuasa tidak memasukkannya dalam armada mereka, Beijing tidak disangkal lagi akan berang dengan sebarang pemerolehan Seoul itu.

    Selepas sidang kemuncak di Korea Selatan dengan rakan sejawatannya, Moon Jae-In, Trump hari ini berkata, negara itu akan membeli sejumlah besar senjata AS 'sama ada pesawat, peluru berpandu, atau apa sahaja'. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Selatan Beli Kapal Selam Nuklear "