• Kontinjen Tun Jugah Muncul Juara Keseluruhan

    Published: Sunday, 12 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kontinjen Tun Jugah muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Bank Rakyat Wilayah Sarawak 2017 yang berlangsung dari 10 hingga 12 November di Arena Sport Simpang Tiga.

    Menggabungkan Bank Rakyat Cawangan Satok, Matang Jaya, Sri Aman dan Susulan Berpusat Wilayah Sarawak, kontinjen tersebut unggul dengan memenangi dua daripada lapan acara sukan yang dipertandingkan.

    Tempat kedua disandang kontinjen Kanang manakala kontinjen Rentap ditempat ketiga dan kontinjen Rosli Dhobi berada pada kedudukan keempat.

    Karnival yang berlangsung dua tahun sekali itu melibatkan acara sukan seperti dart, karom, petanque, ping pong, badminton, futsal, bola jaring dan boling.

    Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Megalanes Emart Batu Kawa merupakan Ketua Wilayah Bank Rakyat Sarawak Mohamed Al Namiri Che Man dan Pengerusi Sukan Bank Rakyat Wilayah Sarawak Abdul Razak Mohd Atan-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kontinjen Tun Jugah Muncul Juara Keseluruhan "