• Kilang Papan Haram Dikesan Dalam Hutan Di Miri

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+


    MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 40-tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah kilang papan haram di Sungai Temala, Long Lama pukul 8 pagi, semalam.

    Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, lelaki berkenaan dipercayai penjaga kilang yang terletak jauh di dalam hutan dan mengambil masa lima jam menerusi perjalanan darat dari bandar raya Miri.

    "Dalam operasi tersebut sebanyak 4,089 keping papan pelbagai jenis serta saiz bernilai RM4,500 dirampas,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Salehuddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati kilang papan itu memiliki kayu bergergaji tanpa cukai dan dokumen yang sah daripada Jabatan Perhutanan Sarawak.

    "Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Long Lama dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan susulan," katanya sambil menambah serbuan tersebut adalah operasi bersepadu PPM bersama dengan Jabatan Perhutanan.- BERNAMA
  • No Comment to " Kilang Papan Haram Dikesan Dalam Hutan Di Miri "