• KGBS Saran Agar Semua Guru Asal Sarawak Jangan Peduli Kata Manyin

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+
    KUCHING : Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berharap semua guru asal Sarawak yang sedang bertugas tidak ambil peduli kenyataan Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi yang mempersoal kualiti guru Sarawak.

    Presiden KGBS Ahmad Malie berpendapat, sebenarnya kenyataan Manyin seperti yang dilaporkan oleh media bukan bermakna guru yang ada tidak berkualiti.

    "Setahu kami, polisi 90:10 tiada kaitan dengan guru-guru asal Sarawak yang sedia ada.

    "KGBS juga meminta Manyin agar menerang perkara sebenar yang pada hakikatnya tenaga pengajar dari Sarawak adalah berkualiti.

    "Ini kerana guru berkenaan berkorban bekerja tanpa mengira jam dan sanggup mengajar jauh di pendalaman serta jauh dari ahli keluarga," katanya.

    Jelasnya lagi, kenyataan Manyin membuat perasaan guru asal Sarawak tidak senang hati dan kecewa.

    "Menteri terlalu risau dengan kualiti bakal guru yang tertekan akibat polisi 90:10 yang suatu hari nanti akan menyuka untuk memilih siapa calun guru yang berkualiti," ujarnya memetik laporan Utusan Borneo.

    "Kita juga berharap kerajaan meneruskan polisi tersebut dengan cara yang lebih releven.

    "Pada masa sama berharap guru asal Sarawak tidak keliru dengan kenyataan menteri dan terus mempertingkatkan prestasi agar mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti suatu masa nanti," lanjutnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " KGBS Saran Agar Semua Guru Asal Sarawak Jangan Peduli Kata Manyin "